Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Tukang Masak Warga Malaysia Maut Terkena Peluru Sesat di Selatan Thailand


Empat lelaki bersenjata yang melepaskan tembakan di pusat pemeriksaan di Kampung Cek He, Tak Bai telah menyebabkan seorang tukang masak warga Malaysia maut di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Tak Bai, Kol Phacharapon Na Nakorn, dalam kejadian pada pukul 9.30 malam (waktu tempatan) itu, mangsa yang dikenali sebagai Wan Mohd Zain W. Hussain, 46, dari Kampung Ketil, Tumpat maut akibat terkena peluru sesat.

Menurutnya, mangsa ketika itu sedang menaiki motosikal dan melalui pusat pemeriksaan keselamatan, manakala empat lelaki bersenjata yang menaiki sebuah trak pikap secara tiba-tiba melepaskan tembakan ke atas anggota polis yang sedang berkawal di situ.

Tambahnya, ketika anggota keselamatan Thai tiba untuk memberi bantuan kepada rakan-rakan mereka yang diserang, sebutir bom turut meletup tidak jauh daripada lokasi kejadian .

Jenazah mangsa telah dihantar ke Hospital Tak Bai untuk proses bedah siasat sebelum dihantar pulang ke Malaysia oleh keluarganya.

Sumber : Astro Awani

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.