Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

(VIDEO) Aksi Presiden Rusia Ketawa Dengan Cadangan Menteri Eksport Babi Ke Indonesia Curi Perhatian Netizen


Aksi Presiden Rusia, Vladimir Putin tidak mampu menahan diri dari ketawa menjadi tular di media sosial selepas Menteri Pertaniannya, Alexander Tkachev mencadangkan agar daging babi  dieksport ke negara Indonesia untuk meningkatkan pendapatan negara itu.

Cadangan yang dibuat Tkachev untuk meningkatkan industri eksport dengan menjadikan negara Jerman sebagai contoh telah mengeksport daging ke beberapa negara seperti China, Jepun dan Indonesia semasa mesyuarat kabinet semalam mengundang ketawa daripada Putin dan rakaman perbualan mereka sempat dirakam.

Putin yang pada mulanya hanya tersenyum dan menjelaskan Indonesia merupakan negara Islam, di mana penduduknya rata-rata tidak memakan babi

Tkacev cuba untuk menyangkal kata-kata Putin dengan menyatakan yang masyarakat Indonesia pada akhirnya akan memakan daging babi sekiranya mereka terus mengimport daging ke negara tersebut.

Namun, Putin berkata ‘ Tidak, mereka tidak makan babi’ lalu beliau menekup muka dengan kedua belah tangannya akibat tidak mampu menahan ketawa.

Video berdurasi selama 36 saat itu menimbulkan perbagai reaksi dari kalangan netizen. Antaranya adalah ‘Anda tidak dapat menyelindungi perasaan kemanusiaan Encik Putin’.

Sumber : Astro Awani

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.