(VIDEO) Choirul Huda, Penjaga Gol Ternama Indonesia Meninggal, Cedera Semasa Perlawanan
![]() |
Foto : Tribunnews.com |
SEORANG penjaga gol sebuah kelab ternama di Indonesia meninggal dunia selepas bertembung dengan rakan sepasukan dalam perlawanan yang berlangsung pada Ahad lalu.
Choirul Huda,38, disahkan meninggal dunia sejurus dikejarkan ke hospital susulan perlanggaran itu.
![]() |
Choirul Huda mengalami kecederaan di bahagian kepala dan di dada akibat hentakan kuat semasa perlawanan berlangsung antara Persela FC dan Semen Padang. Foto - Okezone Bola |
Menurut portal BBC, jurucakap Persela FC mengesahkan Choirul mengalami kecederaan serius di dada dan rahang susulan hentakan kuat ketika insiden berlaku.
Laporan awal perubatan pula menyebut kegagalan fungsi kepala dan leher menjadi punca kematian Choirul yang telah melakukan 500 penampilan dengan Persela FC.
Pada perlawanan tersebut Persela FC berjaya membenam lawam Semen Padang 2-0.
Sumber : Astro Awani
Tiada ulasan: