Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

(VIDEO)Hampir Setahun Hilang, Mayat Pendaki Gunung Damavand Akhirnya Ditemui


Sekumpulan pendaki menemui mayat seorang rakyat Malaysia yang pernah dilaporkan hilang ketika mendaki gunung Damavand di utara Iran pada November lalu.

Menurut agensi berita IRNA, para pendaki itu menemui mayat tersebut semasa menuruni gunung dan melaporkan penemuan mayat itu kepada Jabatan Bulan Sabit Merah di bandar raya Amol di wilayah utara Mazandaran.

Oleh sebab jangka masa yang singkat dan keadaan yang gelap, pasukan menyelamat gagal meneruskan misi mereka semalam dan menyambung kerja menyelamat hari ini.

"Mereka akhirnya menemui mayat dan membawa turun daripada ketinggian 4,300 meter," kata IRNA.





Mayat akan diserahkan kepada pegawai kedutaan Malaysia di Tehran hari ini.

Terdahulu, seramai 12 pendaki Malaysia mendaki gunung tertinggi di Iran itu pada November lalu, namun 10 daripada mereka mengambil keputusan untuk turun semula ketika berada pada ketinggian 5,200 meter susulan cuaca buruk dan salji tebal.

Malangnya, dua lagi pendaki mahu meneruskan pendakian sebelum kedua-duanya dilaporkan hilang.

Mayat seorang daripada mereka ditemui lima hari kemudian dan pencarian pendaki seterusnya terpaksa dihentikan ekoran keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. - BERNAMA


Sumber : Berita Harian

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.