Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Wanita Ditemui Lemas Dalam Kejadian Amuk di Kiulu


Kejadian amukan hingga menyebabkan kematian seorang remaja lelaki semalam di Kampung Lubok, Kiulu turut mengakibatkan seorang wanita maut selepas terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan diri.

Artikel Berkaitan : Dendamkan Ayah, Remaja Maut Ditetak, Adik Perempuan Parah

Menurut kenyataan yang  dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mayat Hanive Ingue, 23, ditemui oleh pasukan bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat dengan  dibantu penduduk kampung kira-kira 3.05 petang tadi, satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan sejurus mangsa ditemui selepas JBPM menerima panggilan mengenai orang hilang pada jam 7 pagi kelmarin.

"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," kata kenyataan itu.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Dzulbaharin Ismail mengesahkan mayat mangsa yang ditemui mati lemas di sungai berkenaan adalah seorang ibu kepada mangsa kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang cedera parah dalam kejadian amuk.

Dalam kejadian 2.20 petang semalam, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut akibat cedera parah di leher dipercayai ditetak dengan parang oleh rakan sekerja bapanya. 

Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dan bapa mangsa.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 66 tahun yang juga suspek utama dalam kejadian itu dan kes disiasat menurut  Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber : Sinar Harian

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.