Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Warga Emas Maut Dalam Kebakaran Di Bangsar, 3 Lagi Parah


Dalam sebuah kejadian kebakaran awal pagi tadi, seorang warga emas ditemui maut manakala tiga mangsa lagi kritikal di sebuah rumah dua tingkat di Jalan Maarof, Bangsar.

Khirudin Drahman, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, terdapat enam mangsa yang terlibat dalam kejadian itu, dan seorang warga emas ditemui sudah meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas.

Menurutnya, pada jam 4.11 pagi, pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan dan sebaik tiba tujuh minit kemudian, api sedang marak dari ruang tamu aras bawah.

"Pasukan penyelamat bertindak memecahkan pintu kediaman berkenaan sebelum dua mangsa iaitu seorang wanita (pembantu rumah) berusia 40 an dan remaja perempuan yang sudah sesak nafas, berlari keluar.

"Seorang lagi mangsa perempuan berusia dalam lingkungan 12 hingga 15 tahun ditemui dalam keadaan menangis di bilik tidur tingkat bawah.

"Manakala dua lagi mangsa, masing-masing wanita dan lelaki berusia antara 40 an hingga 60 an ditemui terbaring atas lantai dalam keadaan sesak nafas dan sedarkan diri di bilik tingkat atas,"katanya.

Kesemua mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan api dapat dikawal pada jam 4.46 pagi.

Sumber : Sinar Harian

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.