Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

200 Maut Terowong Ujian Nuclear Runtuh

Foto The Sun

Tragedi runtuhan sebuah terowong yang sedang dalam pembinaan di tapak ujian senjata nuklear Korea Utara dikhuatiri membunuh seramai 200 pekerja , lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap memetik laporan sebuah akhbar Jepun pada Selasa.   

Semasa runtuhan berlaku, kira-kira 100 orang terperangkap dalam insiden di Punggye-ri itu, manakala 100 lagi dikhuatiri maut ketika cuba menyelamatkan mangsa yang terperangkap apabila berlaku runtuhan kedua, lapor TV Asahi dari Jepun.

Walau bagaimanapun, laporan itu tidak menyatakan butiran lanjut seperti bila insiden itu berlaku. Pakar telah memberi amaran bahawa tapak itu mungkin sudah lesu dan tidak lagi stabil berikutan pelancaran enam ujian nuklear, termasuk yang terkuat bulan lepas, dan satu runtuhan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Ketua agensi cuaca Korea Selatan iaitu Pentadbiran Meteorologi, Nam Jae-cheol, memaklumkan sidang parlimen Isnin lalu, bahawa satu lagi ujian nuklear berupaya mencetuskan runtuhan di tapak ujian yang terletak di kawasan pergunungan, serta kebocoran bahan radioaktif.- Bernama


Sumber : Sinar Harian

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.