Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Awas, Wanita Dijangkiti Herpes Gara-Gara Pakai Gincu Tester Di Kaunter Kecantikan


Hati-hati kepada kaun wanita yang gemar mencuba makeup tester yang terdapat di gedung yang menjual alat solekan kerana anda mungkin boleh dijangkiti penyakit herpes.

Semalam tular, apabila seorang wanita warga Carlifornia, Elena Davoyan menyaman gedung Sephora sehingga $25 000, selepas dia mendakwa dijangkiti herpes oral  apabila mencuba gincu tester di sebuah gedung itu di Los Angeles.


Menurut laporan portal berita Newsweek, mangsa memaklumkan bahawa dia tidak pernah mengalami penyakit tersebut sebelum dijangkiti disitu, pada Oktober 2015 lalu.

Elena menyelar Sephora dalam kenyataan samannya kerana gagal memberi amaran kepada para pelanggan tentang risiko menggunakan alat tester solekan.

Herpes Oral merupakan sejenis penyakit yang berjangkit melalui air liur atau tisu kulit yang boleh mengakibatkan bintik-bintik seperti kudis tumbuh di bahagian bibir, lidah, gusi dan dalam pipi.


Walaupun kejadian malang ini berlaku di luar negara, namun kita juga perlu berjaga-jaga dengan risiko dijangkiti penyakit ini sebelum menggunakan alat tester solekan di mana-mana sahaja.

Realiti yang Perlu Anda Tahu

"Dulu saya tiada masalah memakai tester makeup sampailah suatu hari, saya berkunjung ke Sephora dengan seorang rakan. Sebab tidak sihat, saya nampak dia terbatuk-batuk di hadapan makeup tanpa menutup mulutnya."

"Perkara paling teruk saya pernah lihat seorang wanita mengoles gincu tester, kemudian menjilat bibirnya dari hujung ke hujung dengan lidahnya. Kemudian, dia menyapu selapis lagi warna gincu tester yang lain dan mengulang tabiat yang sama."

Menurut Dr. Joshua Zeichner, pakar dermatologi, amalan menggunakan makeup tester yang kotor memang boleh menyebabkan jangkitan penyakit jika ia telah tercemar. Persekitaran yang lembap, khasnya produk makeup seperti glos bibir dan mascara boleh membiakkan bakteria atau virus berbahaya.


Tips Menarik!


  • Elakkan menggunakan tester makeup pada hari Sabtu dan Ahad. Pada hari minggu ramai pengunjung yang datang ke gedung menjadikan ia lebih tercemar berbanding hari bekerja.
  • Jangan cuba sampel terus ke kulit terutamanya pada bahagian kulit yang terluka.
  • Rujuk kepada pakar atau staf kecantikan sebelum menggunakan tester makeup.
  • Guna tester yang mempunyai bekas tertutup, span dan berus bibir pakai buang.
  • Jangan guna produk yang kelihatan lama, merekah dan berbau pelik.
  • Uji terlebih dahulu produk di tangan atau leher dan dicuci serta merta.
  • Beli di kedai yang menyediakan polisi pemulangan wang atau pertukaran percuma supaya dapat memastikan anda membeli produk di tempat yang betul.
Sumber : Nona

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.