Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Culik Dan Bunuh Angkara Bermain Cinta Isteri Orang


Dek kerana bermain cinta dengan isteri orang, seorang lelaki dipercayai diculik dan dibunuh sebelum mayatnya ditanam di sebuah tanah perkuburan bukan Islam di Ladang Sega Siliau, di sini.

Lelaki malang berusia 29 tahun itu dikatakan bermain cinta dengan seorang wanita yang merupakan isteri kepada suspek secara senyap-senyap.

Ujar sumber, cinta tiga segi itu bagaimanapun dapat dihidu suspek yang berusia 29 tahun, sebelum dia bertindak luar kawalan dengan menculik dan bunuh mangsa sebelum ditanam.

"Mangsa didapati hilang sejak dua bulan lepas. Isteri suspek dipercayai telah menjalinkan hubungan cinta dengan mangsa.

"Bagaimanapun, hubungan mereka dapat dihidu suami wanita itu sebelum bertindak menculik mangsa," katanya kepada pemberita.

Susulan itu, kata sumber, suspek dan isterinya ditahan reman bagi membantu siasatan.

“Kira-kira jam 5 petang semalam (kelmarin) suspek telah dibawa ke tempat mayatnya ditanam dan kerja-kerja penggalian telah dilakukan untuk melengkapkan siasatan,” tambahnya.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Thiew Hock Poh, setakat siasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca sebenar kejadian.


Sumber : Sinar Harian

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.