Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Empat Saudara Maut Rempuh Bas Pulang Dari Majlis Kenduri


Sebuah Proton Saga yang merempuh sebuah bas persiaran di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhadapan Penjara Marang telah mengakibatkan empat bersaudara yang dalam perjalanan pulang dari majlis kenduri maut, disini, lewat petang kelmarin.

Mangsa Mhd Sari Muda, 52, isteri, Mizah Mamat, 56, dan anak perempuannya, Saerah Saari, 18, serta anak saudara mereka, Nur Adibah Ramli, 19, meninggal dunia di lokasi kejadian dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.40 petang.

Mhd Sari dan tiga ahli keluarganya itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Jerung Surau di sini daripada menghadiri kenduri perkahwinan di Kerteh, Kemaman.

Manakala bas persiaran yang membawa rombongan murid sekolah rendah dalam perjalanan pulang ke Cherating, Kuantan dari Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu, Chendering, Kuala Terengganu.

Pemandu bas persiaran, Abdul Jalil Awang, 56, dan 30 penumpang yang merupakan murid dan guru pengiring Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Baging, Cherating, Kuantan, Pahang terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Abdul Jalil, kereta yang dinaiki keempat-empat mangsa terbabit dilihat meluncur laju sebelum terbabas ke laluan bertentangan pada jarak kira-kira 500 meter dari kenderaannya.

"Dua buah kereta di hadapan  berjaya mengelak kereta Proton Saga tersebut. Saya juga cuba mengelak dengan memasuki laluan bersebelahan.

"Begitu pun kereta itu tiba-tiba memasuki laluan asalnya dan merempuh hadapan bas yang saya pandu," ujarnya kepada pemberita Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali ketika dihubungi mengesahkan laporan, namun, perincian kes masih dalam siasatan pihaknya.


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.