Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Gempar Penemuan Sembilan Mayat Tanpa Kepala



Ngeri. Sembilan mayat tanpa kepala ditemui pihak polis Jepun berhampiran sebuah kawasan pangsapuri di pinggir Tokyo, lapor media tempatan hari ini.

Susulan penemuan itu juga, seorang lelaki yang dikenali sebagai Takahiro Shiraishi berusia 27 tahun ditahan selepas mengaku mendalangi perbuatan kejam itu.

Shiraishi memberitahu polis bahawa dia memenggal kepala semua mangsa berkenaan di dalam bilik air selepas sebilah gergaji ditemukan dalam biliknya.

Kes jenayah kejam berprofil tinggi di Jepun semakin membimbangkan di negara ini, walaupun Jepun mendakwa negara  mereka mempunyai kadar jenayah yang rendah.

Baru-baru ini, seorang bapa berusia 32 tahun ditahan selepas disyaki menikam anak perempuannya hingga mati.

Selain itu, lelaki berkenaan juga dikatakan mengaku telah membakar rumah mereka hingga meragut nyawa isteri serta empat anaknya yang lain. -AFP


Sumber : Utusan Online

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.