Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Honda Jazz Hybrid Menang Anugerah Kereta Terbaik 2017


Dalam majlis Anugerah Kereta Terbaik Tahunan Malaysia 2017 (COTY) malam tadi, HONDA Jazz Hybrid telah diumumkan sebagai  ‘Kereta Terbaik Tahun 2017’.

Dua syarikat gergasi yang menang besar dalam acara berkenaan iaitu Honda dan Mercedes-Benz , masing-masing merangkul lima anugerah dalam pelbagai kategori.

Berdasarkan kenyataan Datuk Madani Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), acara itu merupakan sebahagian daripada Malaysia Autoshow 2017, yang dijadualkan berlangsung mulai 9 hingga 12 Nov ini di Malaysia Agro Exposition Park di Serdang.

Tambahnya, pemenang COTY 2017, serta beberapa model lain akan dipamerkan untuk pelawat melihat dan mengalaminya di Malaysia Autoshow 2017, dan dijangka yang acara tersebut bakal menarik sehingga 250,000 pelawat.

Beberapa jenama kereta utama lain seperti BMW, Honda, Hyundai, Jaguar, Kia, Mazda, Perodua, Porsche, Proton, Subaru dan Toyota turut memenangi beberapa anugerah pada acara malan ini, manakala Tan Chong Group diiktiraf di atas peranannya dalam memperjuangkan mobiliti mampan.

Datuk Dr Zahari Husin, Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd pula diumum sebagai '’Tokok Automotif 2017'’ di atas kepimpinannya yang berwawasan.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan timbalannya Datuk Ahmad Maslan.-Bernama




Sumber : Sinar Harian

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.