Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

MET Malaysia Beri Amaran, Waspada Cuaca Buruk Peringkat Merah di Pulau Pinang, Kedah


Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Melaysia) dalam satu kenyataan terkini 9.30 malam, 4 November, memberi amaran kepada penduduk di utara Semenanjung Malaysia khususnya di Pulau Pinang dan Kedah perlu berwaspada dengan keadaan cuaca buruk yang melanda negeri-negeri itu, dijangka berlarutan sehingga Ahad, 5 November ini.

Hujan yang sangat lebat dan berterusan berserta angin kencang sedang berlaku di negeri Pulau Pinang dan Kedah (daerah Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu).

 Tiga penerbangan yang sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) terpaksa berpatah balik dan dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) akibat keadaan di George Town yang semakin memburuk.

Beberapa kawasan di bandar raya George Town dan Seberang Perai dinaiki air selepas hujan lebat berterusan sejak jam 2 petang Sabtu lalu.


Sumber : Astro Awani

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.