Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Pembantu Kedai Didakwa Liwat Dan Rakam Aksi Hubungan Seks Bersama Mangsa Berusia 15 Tahun


Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu mendakwa Mohamad Fahami Ramli, 25, seorang pembantu kedai makan atas kesalahan meliwat seorang pelajar lelaki tingkatan tiga serta merakamkan aksi seks tersebut untuk menghasilkan pornografi kanak-kanak, di sini, hari ini.

Mangsa, remaja yang berusia 15 tahun mendakwa dirinya diliwat lelaki berkenaan, tanpa kerelaannya di sebuah rumah di Taman Hadhari Paka, Dungun, lebih kurang jam 2.30 petang, pada akhir Ogos lalu dan mengulangi perbuatan sama pada September, di sebuah rumah di Kampung Pantai Laut, Paka, Dungun, lebih kurang jam 12 tengah malam.

Selain itu, tertuduh turut didakwa menghasilkan pornografi kanak-kanak dengan merakam video aksi hubungan seks di antara tertuduh bersama mangsa September lalu.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dua pertuduhan meliwat iaitu mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Manakala, bagi pertuduhan kedua suspek didakwa menghasilkan pornografi kanak-kanak mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan tidak kurang enam sebatan, jika disabitkan kesalahan..

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syairah Mohamad Razali di hadapan Hakim Azman Mustapha manakala tertuduh diwakili peguam bela Zulbashah dari Hayyatuddin & Co.

21 November depan ditetapkan sebagai sebutan semula kes serta keputusan sama ada ikat jamin ditawarkan atau sebaliknya.

Selain itu, di dua lagi Mahkamah Sesyen berasingan, tertuduh berdepan dengan sembilan lagi pertuduhan meliwat mangsa dan satu pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa iaitu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.


Sumber : Sinar Harian

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.