Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Pemetik Kelapa Didakwa Rogol Budak 12 Tahun


Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini mendakwa seorang bapa enam anak atas tuduhan merogol seorang budak perempuan berumur 12 tahun, tiga tahun lalu.

Malik Redzuan Mohamed, 32, yang bekerja sebagai pemetik buah kelapa mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi. 

Tertuduh didakwa merogol mangsa pada Februari 2014 yang ketika itu berumur 12 tahun 8 bulan di sebuah rumah dekat Jasin antara pukul 1 dan 4 petang.
 Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan di bawah Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan. 


Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Disember depan untuk sebutan semula kes.



Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.