Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Penunggang Motosikal Maut Rempuh Belakang Treler


Malang nasib seorang lelaki  dalam perjalanan ke tempat kerja berakhir tragedi apabila dia maut selepas merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 181, Lebuhraya Utara Selatan arah utara, berhampiran Plaza Tol Alor Pongsu, di sini pagi tadi.

Mangsa, Muhamad Hazrul Hafiz Khamis,22, berasal dari Kampung Kedah, disahkan maut di lokasi kejadian oleh petugas paramedik setelah mengalami kejadian parah di bahagian kepala dalam kejadian 6.45 pagi itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Abdul Nasir Jalil dalam kenyataanya berkata, selepas menerima panggilan kecemasan, sepasukan anggotanya diketuai Penolong Bomba Kanan (PBK) II Rodzi Che Pa, bergegas ke lokasi kejadian dan turut dibantu sepasukan anggota dari BBP Parit Buntar.

"Setibanya di lokasi, terdapat kejadian kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 yang ditunggang mangsa merempuh bahagian belakang sebuah treler muatan generator berhampiran Plaza Tol Alor Pongsu.

"Mangsa difahamkan maut dan melekat pada bahagian belakang treler, namun dikeluarkan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian terlebih dahulu.

"Bomba bertindak mengeluarkan motosikal mangsa yang melekat pada treler berkenaan menggunakan peralatan khas dan operasi ditamatkan pada jam 7.21 pagi," ujarnya kepada media di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Menurutnya, mangsa dikatakan dalam perjalanan ke lokasi tempat kerja di Butterworth, Pulau Pinang.



Sumber : Sinar Harian

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.