Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Perodua Beri Bantuan Khas Kenderaan Dilanda Banjir di Pulau Pinang


Susulan musibah banjir kilat yang melanda Pulau Pinang pada Ahad lalu, perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menawarkan bantuan kepada semua pemilik kenderaan Perodua yang terjejas.

Menurut pengeluar kereta nasional itu dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini, bantuan tersebut termasuklah diskaun 20 peratus bagi alat ganti terpilih dan pemeriksaan percuma untuk menentukan kerosakan yang dialami kenderaan Perodua semasa banjir.

Pengarah Urusan Jualan Perodua Sdn Bhd Datuk Dr Zahari Husin berkata, perkhidmatan tokokan nilai itu akan membantu meringankan beban pelanggan Perodua yang terjejas akibat bencana tersebut. Beberapa alat ganti terpilih tersebut termasuklah semua barang elektronik, karpet, tempat duduk kenderaan, trim pintu dan gasket enjin.

"Oleh kerana beberapa pusat servis kami di Pulau Pinang terjejas akibat banjir, para pelanggan boleh merujuk kepada cawangan servis kami di Juru, Prai dan Kulim untuk bantuan.

"Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menyambung kembali operasi di kawasan yang terlibat secepat mungkin," kata Zahari.

Pelanggan Perodua yang terjejas dengan banjir boleh membuat panggilan ke talian pelanggan bebas tol 1-800-88-5555 bagi bantuan penundaan. Mereka juga boleh menghubungi nombor tersebut untuk mengetahui status penghantaran kereta mereka.



Sumber : Astro Awani

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.