Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Suami Isteri Parah Ditetak Anak Dengan Gergaji


Akibat berang dengan tindakan ibu bapanya yang melaporkan kegiatan dadah anak mereka hingga ditahan beberapa bulan lalu, seorang anak berusia 28 tahun bertindak mencederakan mangsa menggunakan gergaji dalam kejadian di Kampung Baru Sri Muda, Sungai Korok, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 11 pagi itu, suspek dikatakan mengamuk ketika ibunya yang berusia 64 tahun itu sedang memasak didapur. Suspek mengaku menetak ibunya menggunakan gergaji di bahagian belakang badan menyebabkan ibunya cedera di bahagian pipi kanan disyaki terkena senjata tajam, luka dibahu serta lebam-lebam di seluruh badan akibat dipukul. Selain itu, ibu suspek juga mengalami kecederaan di ibu jari tangan kanan dan sendi jari patah.

Suspek yang positif dadah jenis ganja, heroin dan syabu ini turut mencederakan bapanya yang berusia 67 tahun menggunakan penimbang air mengakibatkan mangsa cedera parah pada bahagian urat perut yang pecah dan kini sedang dirawat di Hospital Sultahan Bahiyah (HSB) di Alor Setar.

Mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut, Ketua Polis daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, suspek bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan laporan yang dibuat oleh ibu bapanya, menyebabkan suspek ditahan pihak Agensi Antidadah  Kebangsaan (AADK).

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira 11 pagi selepas anggotanya yang sedang bertugas di Pondok Polis Sungai Korok, di sini menerima laporan orang awam berhubung kejadian seorang anak menetak ibu bapanya di kampung tersebut.

“Anggota kami kemudian bergegas ke rumah mangsa dan menemui ibu suspek berusia 64 tahun dalam keadaan lemah dan berdarah pada bahagian muka berada dalam rumah jiran sebelah dan melihat seorang lelaki (suspek) sedang duduk  mencangkung di hadapan rumah dengan gergaji besi di sebelahnya.

“Pemeriksaan lanjut di dalam rumah mangsa menemui mangsa lelaki (bapa suspek) berusia 67 tahun terbaring di dapur rumah sebelum menahan suspek dan merampas sebilah parang bersama penimbang air (alat ukuran air),” ujar beliau kepada portal berita Bernama.

Dalam kejadian tersebut, polis turut merampas sebatang gergaji berhulu besi  sepanjang 55cm dan sebatang penimbang air sepanjang 56cm yang dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.


Sumber : Sinar Harian

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.