Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Tiga Bos FIFA Dibicara Kes Rasuah


Tiga pemimpin kanan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Amerika Selatan dipanggil untuk dibicarakan dalam kes rasuah selepas dua setengah tahun pegawai anti rasuah Amerika Syarikat membuat penahanan besar-besaran dalam sejarah sukan itu.

Dalam kes yang sama, lebih 40 pegawai kanan dan eksekutif pemasaran termasuk tiga syarikat disiasat dan ditahan berhubung beberapa tuduhan berasingan membabitkan sejumlah wang rasuah AS$200 juta (RM940 juta).

Menurut kenyataan rasmi pegawai pendakwa AS, kes rasuah yang melanda badan induk bola sepak itu, sekali gus membersihkan wabak rasuah suku abad yang melanda FIFA.

Setakat ini, pendakwaan hanya membabitkan tiga pegawai kanan badan bola sepak Amerika Selatan yang dituduh terbabit dalam rangkaian konspirasi menggelapkan wang.

Pegawai terbabit terdiri Jose Maria Marin, 85, iaitu bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Brazil, naib Presiden FIFA, Juan Angel Napout, 59, dan Manuel Burga, yang mengetuai badan bola sepak Peru sehingga 2014 dan pernah menyandang jawatan ahli jawatankuasa pembangunan.

Sabit kesalahan semua tertuduh boleh dipenjara maksimum 20 tahun.


Sumber : Berita Harian

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.