Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Warga Emas Derita Buah Zakar Sebesar Buah Kelapa


'Buah zakarnya membesar sebesar buah kelapa'. Itulah penyakit misteri yang perlu ditanggung bagi seorang warga emas, Abdullah Yunus, 71.

Kejadian ini berlaku sejak 30 tahun lalu, selepas beliau mengalami demam panas. Lelaki ini mulai sedar akan perubahan di bahagian tubuhnya itu dan pelbagai usaha dilakukan untuk mengubatinya namun sehingga ke hari ini masih menemui jalan buntu.

Atas faktor kesempitan hidup, Abdullah gagal melakukan pembedahan walaupun pihak Hospital Besar Alor Setar (HBAS) mengesyorkan beliau untuk melakukan pembedahan pada peringkat awal.

Menurut bapa kepada tiga anak ini, doktor yang merawatnya pernah memberitahu bahawa penyakit itu adalah berpunca daripada masalah darah yang masih belum ada penawarnya.

Sejak itu, dia tidak lagi mampu menoreh getah dan hanya mengharapkan bantuan orang ramai dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan.

"Walaupun saya sudah tidak boleh melakukan pembedahan lagi kerana faktor usia, tetapi saya masih berusaha untuk mengubatinya... saya sangat-sangat mengalu-alukan pihak yang boleh mengubati penyakit saya ini supaya dapatlah saya menjalani kehidupan seperti orang lain," katanya.

Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan kepada Abdullah boleh berbuat demikian di akaun Agro Bank (atas nama Abdullah) nombor 200-5061-00007093-4 atau menghubungi anak lelakinya Ishak di talian 010-817 3904.


Sumber : Astro Awani

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.