Header Ads

(VIDEO) Bayi Jadi Mangsa Susu Tiruan, Ibu Bapa Disaran Semak Dahulu Kesahihan Produk


Berikutan penularan berita mengenai rampasan susu bayi tiruan oleh pihak berkuasa baru-baru ini, seorang ibu tampil berkongsi cerita di laman sosialnya, Seila Nawi mengenai kejadian malang yang menimpa anaknya.



ENFALAC A+ TIRUAN

Semalam Allah bagi petunjuk kepada persoalan saya selama dua bulan lebih.

Ini bukan silap Mead Johnson, saya faham.
Saya telah pon melaporkan kejadian anak saya kepada mereka hari ini. Tapi saya harap;

1. Mead Johnson Malaysia dan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telus untuk membanteras sekaligus menyalurkan maklumat untuk membezakan susu tiruan ni sebab ini untuk mendidik kita sebagai ibu bapa supaya tidak terus ditipu.

2. Sedia untuk berkongsi maklumat keputusan kandungan susu tiruan dari jabatan kimia nanti.


Sumber : Berita Harian

Oktober 2017, anak saya, Mikael keluar masuk hospital, ingat lagi kan? Warded lebih dua minggu. Punca masih tidak diketahui sehinggalah berita tentang susu tiruan semalam.

Mikael bermula dengan muntah-muntah sehingga sembilan kali dalam sehari. Kenapa sampai sembilan kali, saya biar sahaja ke? Saya monitor dari rumah (kalau boleh nak elakkan ke hospital), dengan harapan dan doa, Mikael akan reda dari muntah tapi tidak.



*Saya bersyukur saya rekod dan ambil gambar, sebab nak update husband saya yang jauh dari kami*

Tengahari tu, muka dan badan Mikael dah start kemerah-merahan dan panas. Setiap kali keluar merah-merah tu, saya mandikan dia. Demam on off.

Menjelang jam 3 petang, Mikael dah lembik, terbaring, susu pon dia taknak minum. Jadi, saya tak fikir panjang, terus bergegas ke hospital terdekat.

Wallahi, langsung tak suspect disebabkan susu, doktor pon interview saya, hanya bertanya apa makanan tambahan (solid food) yang saya bagi pada Mikael, atau ada tak Mikael termakan apa-apa sahaja dari persekitaran dalam rumah (since dia dah merangkak ke sana sini-puas fikir, saya takde jawapan).

Doktor terpaksa tahan Mikael di wad, sebab dehydration dan untuk pemeriksaan lanjut.

Masuk ke wad, dah drip, Mikael langsung taknak susu atau makan.




Next, Mikael dah start cirit-birit. Najisnya, seumur hidup saya, itu yang paling busuk saya pernah hidu. Sangat busuk sehingga nurse tak dapat tahan baunya sewaktu proses nak ambil sampel najis untuk ujian makmal. Mikael cirit-birit 11 kali pada haritu.

Pelbagai ujian dibuat, termasuk alergik test, result semua ok utk Mikael, takde apa-apa alergik.

Setiap najis diambil untuk ujian, namun doktor masih tiada jawapan utk punca.

Selama di hospital, Mikael masih cirit-birit dan demam on off, merah-merah di seluruh muka dan badan sekejap ada sekejap hilang.




Kemuncaknya, selepas seminggu, Mikael dah mula berak berdarah. Doktor decide dengan prosedur antibiotik. Saya sebagai ibu akur, walaupun berat hati ni, nak masukkan macam-macam ubat dekat Mikael yang masih baby.

Oh ya, sepanjang di hospital, saya tak bagi Mikael apa-apa solid food (ye lah, doktor suspect mungkin alergik dari makanan tambahan) TAPI Mikael still minum susu Enfalac😭

Yelah, siapa sangka susu ada yang tiruan, lagipon Mikael bukan baru minum susu tu, dah beberapa bulan sebelum tu.

Selepas dua minggu lebih, sebab punca masih tak diketahui, Mikael dah nampak sedikit aktif, saya minta untuk discharged.

Balik rumah, dah ada perubahan pada Mikael, way more better (sebab susu Enfalac pon dah beli pack baru (beli dari kedai lain), yang beli sebelum tu dah habis-HABIS saya bagi dia minum😩).

Yang tanya, saya beli dari mana, saya tak dapat nak nyatakan kat sini, sebab pihak Mead Johnson sedang menyiasat rangkaian kedai serbaneka berkenaan di sekitar Selangor ni. Kita tunggu jawapan dari mereka nanti.

Cuma nasihat saya, ibu-ibu yang masih nak teruskan anak dengan susu ni, boleh beli dari AEON & TESCO dulu, elakkan beli dari kedai-kedai ubat atau kedai rangkaian serbaneka buat sementara waktu sehingga mereka istiharkan isu ini selesai.




Untuk saya, saya dah tukarkan Mikael dgn susu lain selepas pengalaman pahit ni.

Untuk parents, kalau anak-anak kita ada tanda-tanda macam saya sebutkan di atas, cepatcepat bawak anak anda ke hospital. Saya doakan anak-anak kita dielakkan dari terus menjadi mangsa.

Kesan dari susu tiruan ini, Mikael masih recover dari kemerahan di muka dan badan. Saya yakin ada bahan aktif dalam susu tiruan yang belum betul-betul discharge dari badan dia. InshaaAllah slowly. Mohon doa dari semua jugak untuk Mikael.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.